Pesta Kaamatan | Bijak urus masa cabaran Ratu Unduk Ngadau 2021

2022-03-24 14

Bijak menguruskan masa antara pelajaran di universiti dengan aktiviti pertandingan merupakan cabaran besar buat gadis kacukan Kadazan-Poland ini.
Kecekalan dan semangat itu tidak sia-sia apabila Maya Hejnowska (Heynovska) yang berusia 21 tahun dimahkota Ratu Unduk Ngadau Peringkat Negeri 2021.